Monday, August 13, 2012

Kata2 Mutiara Rabiatul Adawiyah



Bismillah...


Ya Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali
dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan
rahmat-Mu...
Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaan
air mataku, sujudku , tanganku dan wajahku
ini sebagai saksi diakhirat........Bahawa aku pernah
merintih keampunan daripada-Mu...
Jadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , dan
wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik
di Padang Mahsyar...Sesungguhnya tidak tertanggung olehku
akannya. Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,
dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang....
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila
air mataku sujudku , tanganku , dan wajahku
ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri....
Tuhan.........Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan
sempurna kepada-mu...kerana kebaikanku telah ditembusi
kejahatanku.Melainkan hanya ini yang harapan......
air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,
tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan wajah
yang malu memandang-Mu.
Meskipun rayuan setinggi gunung,namun......kesangsian
datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata
penyesalan Nabi Adam selamai 200 tahun
hingga bumi terbelah menjadi sungai ?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang
merintih hingga dini hari ?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon
tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi ?
Apakah wajahku yang mengadap-Mu ini seperti RabiatulAdawiyah
yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan ?
Semua kesangsian ini Ya Allah
mendatangkan kegentaran di dada untuk mengadap-Mu....
Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..
Read More

Wednesday, August 8, 2012

Kita Hanya Ciptaan-Nya ...

Bismillah...


Assalamu'alaikum teman2 (^_^) hari ini saya mempunyai masa lapang yang amat terluang kerana semua kelas harini cancel =.=" untuk memenuhi masa lapang ini, saya ada terbaca satu artikel yang amat menarik minat saya untuk membaca dan ingin share pada teman2. Hope you guys enjoy it ^^ Tajuk artikel itu adalah :


Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak...
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seseorang. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
Read More

Sunday, August 5, 2012

Pengalaman Seram !!!


KISAH BENAR : HANTU TERBANG ATAS KERETA

Dalam perjalanan pulang ke kampung Pontian Johor, bersama akak, abang joe (abg ipar), Aneesa (anak sedara) dan adik menaiki kereta Proton Persona akak. Kerinduan yang teramat untuk pulang ke kampung sehinggakan kami sanggup bergerak dari rumah pada waktu petang setelah selesai akak dan abang joe habis kelas mengajar dan selesai solat Asar dalam sekitar jam 5 petang.

Perjalanan yang mengambil masa 5 jam untuk sampai ke destinasi, kami terlalu penat drive sehinggakan selalu bertukar2 driver. Dalam sekitar jam +7 malam, saya dan abang joe berborak2 pelbagai topik untuk menghilangkan rasa boring dan penat. Akak , Aneesa dan adik duduk di belakang sedang tidur, dan pada masa itu juga abang joe menceritakan cerita seram !!! :

“dulu abang joe pernah dengar cerita kalau jalan yang sunyi macam ni pernah terjadi sesuatu aneh… pendekkan cerita. Pada suatu malam, ada seorang lelaki drive jalan macam ni, dan ada dua orang di jalan yang gelap itu melambai2 mahu tumpang kereta, katanya mahu tumpang sampai ke jalan besar yang terletak 5km dari situ, penumpang itu berjubah putih muka nya agak gelap2 yelah maklum la haritu pon tengah gelap !! pastu si driver ni nak terkencing, tgh pikir dimana nak mencari port kencing, tiba2 ada sebuah kedai tepi jalan yang mana sebelu
m ini dia tidak pernah nampak kedai itu wujud!, disebabkan terlalu nak kencing, dia terus singgah dan melaksanakan tugasan nya. Setelah selesai ~ tiba azan(terhenti jap cerita)~ sambung…. Setelah selesai kencing, dia kembali ke kereta beliau, dan nampak penumpang itu masih ada di dalam kereta, diam jeww… pastu sambung perjalanan driver ni nak borak2 dengan penumpang tu (dua2 duduk seat belakang) baru nak start borak, dia dengar penumpang itu ketawa slow jew tapi bunyi aneh !!! dia ambil keputusan nak toleh belakang, pastu rupa2nya dia nampak muka dia bukan sekadar hitam !!! rupanya muka dia menyerupai beruk yang berbulukan hitam dan muka mereka aneh, terkejut si driver tu, dan 2 ekor beruk itu terus terbang ikut tingkap sambil ketawa/gelak macam PONTIANAK !”

Setelah habis jew abang joe cerita, saya sudah berasa takut sedikit, then tiba2 !!! laluan tu ada BENDA terbang betul2 atas kereta kami, pada mulanya saya nampak ! saya diam je kerana takut, tiba2 abang ipar tegur … EMEI !!! kamu nampak tak kat atas tadi !!!...saya pon jawab “ ABANG !!! ha ah ada BENDA putih terbang !!!” terus terjaga akak, Aneesa dan adik….
Pengajaran : jangan sesekali takut kat hantu2 ni ! itu SYAITAN laknatullah, kita ada Allah !!!

*pemberitahuan : pengalaman ini berlaku 3 / 4 tahun yang lepas .. hehehe masih keanak-anakan dulu ^_^ tu sebab takut…
Read More

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates