Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru

HARI GURU

Bismillah... Assalamu'alaikum semuanya ^_^

16 mei ??? tahukah kalian tarikh keramat ini ? ini adalah tarikh yang menyambut "Hari Guru" yang mana kita sebagai yang pernah atau masih menjadi seorang yang bergelar pelajar/murid/siswazah mengenang jasa2 "Pengajar" atau dikenali sebagai guru kita,

Saya sendiri pernah menjadi guru seketika/sementara, Masha Allah, sesungguhnya menjadi seorang guru itu bukanlah semudah yang kita pikirkan, banyak faktor memainkan peranan untuk menjadi seorang guru ni :'( kadang2 kita sebagai pelajar tidak nampak pengorbanan mereka terhadap anak2 muridnya, semoga Allah merahmati kalian (guru2) yang ada di bumi ini, sesungguhnya ilmu2 yang dicurahkan dari guru ke pelajarnya itu adalah amat bermakna dan bernilai.

Dengan ini saya Muhamad Syimir Bin Abu Hanipah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru2 saya dari sekolah rendah -> sekolah menengah -> sehinggalah saya belajar sekarang di Universiti, jasa2 kalian tidak akan pernah saya lupakan, tanpamu guru, saya bukanlah siapa2 sekarang ni.

Juga tidak ketinggalan, ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada sahabat2 saya yang sekarang sudah pun menjadi guru > Akak, Abg Joe, Apik, Suhaimi , Syahmi , Ust Syukri dan kawan2 dari Malaysia , Abdul Latif , Chosayy , Saddam dan teman2 di Indonesia ( maaf kalau saya terlupa mention yang lain )

ABDUL LATIF



SELAMAT HARI GURU 


Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti pelajarnya berjaya


SMA AL-KHAIRIAH


Read More

Berfikiran Positif & Optimis

Positif & Optimis


Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Tapi tidak bererti kita gagal selamanya !

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita. 

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.

Kisah Guru Dan Murid
Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Mengejar matlamat''
"Menjadi orang yang berguna"

Maka kata si guru,
"Benar, Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

KENAPA ???
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.
Read More

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates