Showing posts with label KISAH HIKMAH. Show all posts
Showing posts with label KISAH HIKMAH. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Mr Bean Masuk Islam ?


Mr Bean Masuk Islam?




Berita menggemparkan Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Bean’ telah memeluk Islam pada 1 Oktober lalu , kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Berita ini dilaporkan oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.Menurut kedua media tersebut , Mr Bean menjelaskan penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, film yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Mr Bean tidak banyak berbicara ketika ditanya media, hanya mengangkat satu jari saja sebagai isyarat dia telah bersyahadah. Menurut beberapa sumber portal media, disebutkan Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam serial komedinya di samping beberapa buah film Box office termasuk Johnny English 1 & 2. Hingga kini, media-media mainstream di United Kingdom Inggris masih belum menyiarkan berita ini walaupun media Arab sudah sangat heboh membahasnya.

Walaupon berita ini masih tidak sahih dan tidak ada bukti yang kukuh menunjukkan bahawa Mr. Bean sudah “berhijrah”, namun tidak mustahil sekiranya Mr. Bean juga boleh dapat hidayah Allah untuk memeluk Islam. Kita harus juga saling berdoa agar orang zaman sekarang ni melihat atau nampak apa yang benar dan apa yang tidak.

#PRAY4OURBROTHERS&SISTERS (ISLAM) 
Read More

Tuesday, September 24, 2013

Pelumba Motorsikal Negara Hafizh Syahrin Bersyukur


Hafizh Syahrin Sujud Syukur di Litar Nawara, Sepanyol


Bismillah…
Assalamu’alaikum kawan2, harini emei nak share tentang kemenangan pelumba motor negara Hafizh Syahrin yang baru2 ini memenangi tempat pertama dalam Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol. Bukan sahaja beliau telah mengharungi nama Negara Malaysia, bahkan beliau telah menunjukkan sifat syukur terhadap ilahi dengan membuat sujud syukur setelah sahaja menamatkan perlumbaan tersebut.


Sebelum kita melihat atau menonton tayangan video, emei pasti korang ada juga yang tidak kenal dengan beliau kan? Hehehe so do I actually, so apa kata kita mengenal sedikit sebanyak biodata atau profil tentang Hafizh Syahrin dahulu.



NAMA: HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH

UMUR: 19 TARIKH LAHIR: 5 MEI 1994

TEMPAT LAHIR: AMPANG, SELANGOR

TAHUN MEMULAKAN KARIER: 2007

PENCAPAIAN :

·        2007 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Piala Yamaha GiVi) - ke-2 keseluruhan .

·        2007 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Wira epg) - ke-22 keseluruhan .

·        2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Yamaha GiVi Cup) - ke-6 keseluruhan .

·        2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Wira epg) - ke-33 keseluruhan.

·        2008 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (Underbone 115cc) - ke-20 keseluruhan .

·        2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Novis) - ke-17 keseluruhan.

·        2009 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Novis) - Juara .

·        2009 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (Underbone 115cc) - ke-3 keseluruhan .

·        2010 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS CP130 – Juara.

·        2010 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (SuperSports 600cc) - ke-12 keseluruhan.

*biodata (2007-2010) sahaja yang ada di profile FB beliau. Yang lain2 emei pun tak tahu ^_^

OK, sekarang cerita tentang video yang emei nak tayangkan ni adalah Hafizh Syahrin melakukan sujud syukur di Litar Navvara setelah memenangi pelumbaan kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol. Juara podium (Tempat pertama) pertama anak Malaysia di eropah dalam mana-mana kejohanan dan kelas pelumbaan motosikal di Eropah.

enjoy the video ^_^



*emei ingin mengucapkan tahniah kepada Hafizh kerana memenangi pertandingan tersebut baru2 ini . keep it up !!!

Read More

Thursday, September 19, 2013

Bertemu Dengan Ibunya Selepas 33 Tahun

Sheikh Abu Besirit meeting with his mother after 33 years





Sheikh Abu Al-Tartusi Besir, adalah salah seorang ulama masa kini (dari buku-buku yang telah mendapat manfaat yang besar). Sheikh melarikan diri dari rejim Assad di Syria sejak muda, dan tinggal di negara-negara yang berbeza (seperti Lubnan, Mesir, Jordan, Pakistan, Afghanistan, Malaysia, dan sejak menutup semua jalan raya di negara-negara ini, berpindah ke London dan menghabiskan bertahun-tahun di sana, yang mempunyai jenis kemudahan keselamatan). Pada masa Jihad di Syria, Sheikh kembali ke negaranya untuk memerangi musuh abad ini dan tenteranya. Dan selepas 33 tahun, bertemu dengan ibunya .



Klik here to watch the video.



* Terimalah Doa Hamba-Mu ini Ya Allah 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ya Allah,

Rahmatilah Ibu bapa kami,
Ampunilah dosa2 mereka,
Permudahkanlah urusan Mereka,
Berilah Hidayah & taufiqMU kepada mereka,
Selamatkanlah mereka dari azab api nerakaMU,
Masukkanlah mereka ke dalam SyurgaMu Ya Allah..
Perkenankanlah Permintaan kami ini..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Read More

Monday, September 16, 2013

Rahsia Orang Berjaya


Sifat - Sifat Orang Berjaya


Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?
Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku “Tough Times Never Last, But Tough People Do” oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.
1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Read More

Saturday, September 14, 2013

Cerita Artis : Kepala Yatt Melekat Pada Sejadah



Artis Malaysia - Yatt Hamzah Insaf


Haryati Binti Hamzah atau dikenali sebagai Yatt Hamzah pernah mengejutkan rakyat Malaysia tentang perubahan beliau yang telah "berhijrah" dan mengambil keputusan untuk menutup aurat setelah "sesuatu" terjadi kepada beliau, apakah yang dimaksudkan "sesuatu" itu ? Nahhh ini alasan beliau sendiri mengapa beliau berubah mendadak dari penampilan agak sexy sebelum ini ke arah wanita yang memegang perintah agama yaitu menutup aurat.


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.


"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."


Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.



"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


*Kita sebagai "saudara seIslam" jangan pernah mencaci, menghina atau menjarakkan diri kepada orang yang terserong agama, manusia tiada yang "perfect", Hidayah Allah itu boleh datang bila-bila masa sahaja, tetapi harus ingat juga "mereka" yang masih tidak mengikuti perintah agama Islam, jangan nak tunggu Hidayah Allah kerana diri kita sendiri tu boleh berubah, kita ada akal fikiran yang waras, kalau masih juga ragu tak apa, sekurang2nya memBATASkan diri agar tidak terlalu over , u know what i mean. so thanks for read my blog, hope you guys enjoy it ^_^
Read More

Sunday, August 25, 2013

PISAU CUKUR

10 Ciri-Ciri Wanita Pisau Cukur




Bismillah....
Assalamu'alaikum kawan2, baru2 ini aku terlayan cerita "Pisau Cukur" yang di bintangi oleh Maya Karim, Nur Fazura, Aaron Aziz dan ramai lagi ( padahal hanya pelakon itu je yang aku tahu nama ) sejujurnya aku ni kurang sikit tengok cerita tempatan ( sorry to say ) kecuali cerita2 yang mengandungi pelajaran atau mesej cerita yang sampai dan ada kesimpulan.


Sebelum ini aku hanya tahu istilah "Pisau Cukur" je, tetapi tidak tahu apa maksud perkataan tersebut, alang2 dah tertengok filem Pisau Cukur tu, barulah aku tahu sedikit sebanyak definisi "Pisau Cukur" tu dan boleh di klasifikasikan dengan perkataan mudah difahami iaitu "Kaki Kikis", ehhhh apa maksud "Kaki Kikis" tu ??? nahhh maksudnya mengikis harta seseorang.

Sudah menjadi lumrah manusia ingin menjalinkan sesuatu hubungan, TETAPI orang lelaki zaman sekarang terlepas pandang semua ini (Pisau Cukur) demi dapat menjalinkan hubungan dengan wanita di luar sana, opsss kalau perempuan tengah baca blog ni pasti marah aku kerana nampak macam tidak adil? oklah, sama juga kepada wanita di luar sana, jangan terlepas pandang ini semua ya !!! demi ingin mendapatkan lelaki idaman korang tuh ^_^


Hmmm, cakap pasal hubungan, menurut aku, cukup sekadar mencari orang yang ikhlas mencintai diri ini , terima kita seadanya, jujur setiap kata2nya, saling mengerti (pengertian) dan yang penting saling menjaga (ingat-mengingati). InsyaAllah hubungan berkekalan ^_^ . say ameen . Ok enough with all this and lets see the 10 features / characteristic of women "Pisau Cukur" :-



1. Goda
Wanita-wanita cantik biasa mengunakan kecantikan dan lenggok tubuh yang mengiurkan golongan lelaki yang boleh di panggil ayah atau mungkin seusia abang kandungnya.padanya status bukanlah ukuran yang peting dalam merealisasikan impian dan kehendaknya untuk mencapai sasarannya


2. Suara mengada-gada/ala-ala suara seksi
Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.


3. Gaya

Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata


4. Seksi

Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.berjalan pun diatur2.konon catwalk.biar semua orang pandang kearahnya.cara pakaian takperludi pertikaikan lagi semenang tujuan utamanya ialah mengoda golongan atasan.kalau tak menyerlah umpamanya macam kucing jantan cium bau ikan jek la


5. Sejarah Hitam

Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.


6. Tunjuk taring

Perangai serta merta berubah ,mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.


7. Tak cemburu/tak kisah tentang status

Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.


8. Suka bersosial

Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.


9. Tak tau status diri/asal usul pasangan

Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.


10. Kacang lupakan kulit

Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk di bidas.


*ini semua hanyalah persediaan/peringatan semata2, jangan ada yang terasa ok ^_^


Read More

Thursday, February 21, 2013

Aku insan yang kerdil

Bismillah...


Ku renung pada langit yang kebiruan... Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.

Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 

Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.

Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?

Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  bertapa kerdilnya diri ini.

Untuk diriku dan dirimu, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri". Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.

(credit to Abdul Latif for the photo)

Bila hidup yg berjalan atas Ketaqwaan diri...Maka menterbiahkan segala isi hati...Juga sentiasa istiqomah setiap Hari...Maka renungan dan renungan itu muncul untuk menghijabkan diri..dengan merenungi alam ciptaan yang Ehsa lagi Maha Berkuasa..Andainya kt luangkan masa untuk merenungi hari2 yang di lalui dengan mendongak, tunduk, menoleh kiri kanan...di temani hujan dan panas...nescaya akn kt sedari sendr kehebatan kebesaranNYA bersama tangisan diri juga mampu untuk kt memikirkan diri yg berdiri serta berjalan di bawah naunganNYA... Subhanallah.... Alhamdulillah... Allah hu'akbar.... itulah yg perlu kt selami setiap hari... agar mengejar redha ILLAHI.
Read More

Tanggungjawab & Amanah Mahasiswa

Bismillah...



"Tanggungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.

Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.

Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.

"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13

Impian dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikanya.

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:

a)     Keimanan
b)     Keikhlasan
c)     Semangat
d)     Usaha


Asas keimanan ialah hati yang bersih. Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci. Asas semangatialah keinginan yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.

Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu
Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.
Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat.
Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut globalisasi.
Dalam arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
Jelas di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.
Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.
Read More

Sunday, February 17, 2013

Tabahnya Kesabaran Wanita

Bismillah...


Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya.
Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.

Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :              
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)

Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT,
Ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa 'yang biasa nampak daripadanya' adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian 'takwa' seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma' Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma' binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma') dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata,
"Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini."
Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma' r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya."
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.
________________________________________________________________________________
Bismillah, Assalamu'alaikum sahabat yang dohormati sekalian ^_^ harini saya hanya berkongsi tentang penutupan aurat khas bagi kaum hawa !!!
Sudah 9-10 kali saya pernah mendapat tugasan untuk mengulas topik ini (aurah) di sekolah dan di universiti termasuk majlis ilmu di masjid. Teringat saya akan seorang wanita mengajukan soalan ke saya seperti ini " sekarang ini zaman dah berubah kenalah ikut fashion terkini, zaman dulu memanglah miskin, tak berfashion langsung kena tutup semua, tak cantik langsung !!!"

jawapan saya mudah " boleh saudari mahu berfashion , tak kesah nak ikut zaman apa sekali pon, berfashionlah kamu selagi kamu tidak melanggar syariat islam, wajib itu wajib, itu perintah Allah SWT, Baginda bersabda : 
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi)"

Thanks to  Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin for the information :)
Read More

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates