Showing posts with label MY DIARIES. Show all posts
Showing posts with label MY DIARIES. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru

HARI GURU

Bismillah... Assalamu'alaikum semuanya ^_^

16 mei ??? tahukah kalian tarikh keramat ini ? ini adalah tarikh yang menyambut "Hari Guru" yang mana kita sebagai yang pernah atau masih menjadi seorang yang bergelar pelajar/murid/siswazah mengenang jasa2 "Pengajar" atau dikenali sebagai guru kita,

Saya sendiri pernah menjadi guru seketika/sementara, Masha Allah, sesungguhnya menjadi seorang guru itu bukanlah semudah yang kita pikirkan, banyak faktor memainkan peranan untuk menjadi seorang guru ni :'( kadang2 kita sebagai pelajar tidak nampak pengorbanan mereka terhadap anak2 muridnya, semoga Allah merahmati kalian (guru2) yang ada di bumi ini, sesungguhnya ilmu2 yang dicurahkan dari guru ke pelajarnya itu adalah amat bermakna dan bernilai.

Dengan ini saya Muhamad Syimir Bin Abu Hanipah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru2 saya dari sekolah rendah -> sekolah menengah -> sehinggalah saya belajar sekarang di Universiti, jasa2 kalian tidak akan pernah saya lupakan, tanpamu guru, saya bukanlah siapa2 sekarang ni.

Juga tidak ketinggalan, ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada sahabat2 saya yang sekarang sudah pun menjadi guru > Akak, Abg Joe, Apik, Suhaimi , Syahmi , Ust Syukri dan kawan2 dari Malaysia , Abdul Latif , Chosayy , Saddam dan teman2 di Indonesia ( maaf kalau saya terlupa mention yang lain )

ABDUL LATIF



SELAMAT HARI GURU 


Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti pelajarnya berjaya


SMA AL-KHAIRIAH


Read More

Sunday, August 5, 2012

Pengalaman Seram !!!


KISAH BENAR : HANTU TERBANG ATAS KERETA

Dalam perjalanan pulang ke kampung Pontian Johor, bersama akak, abang joe (abg ipar), Aneesa (anak sedara) dan adik menaiki kereta Proton Persona akak. Kerinduan yang teramat untuk pulang ke kampung sehinggakan kami sanggup bergerak dari rumah pada waktu petang setelah selesai akak dan abang joe habis kelas mengajar dan selesai solat Asar dalam sekitar jam 5 petang.

Perjalanan yang mengambil masa 5 jam untuk sampai ke destinasi, kami terlalu penat drive sehinggakan selalu bertukar2 driver. Dalam sekitar jam +7 malam, saya dan abang joe berborak2 pelbagai topik untuk menghilangkan rasa boring dan penat. Akak , Aneesa dan adik duduk di belakang sedang tidur, dan pada masa itu juga abang joe menceritakan cerita seram !!! :

“dulu abang joe pernah dengar cerita kalau jalan yang sunyi macam ni pernah terjadi sesuatu aneh… pendekkan cerita. Pada suatu malam, ada seorang lelaki drive jalan macam ni, dan ada dua orang di jalan yang gelap itu melambai2 mahu tumpang kereta, katanya mahu tumpang sampai ke jalan besar yang terletak 5km dari situ, penumpang itu berjubah putih muka nya agak gelap2 yelah maklum la haritu pon tengah gelap !! pastu si driver ni nak terkencing, tgh pikir dimana nak mencari port kencing, tiba2 ada sebuah kedai tepi jalan yang mana sebelu
m ini dia tidak pernah nampak kedai itu wujud!, disebabkan terlalu nak kencing, dia terus singgah dan melaksanakan tugasan nya. Setelah selesai ~ tiba azan(terhenti jap cerita)~ sambung…. Setelah selesai kencing, dia kembali ke kereta beliau, dan nampak penumpang itu masih ada di dalam kereta, diam jeww… pastu sambung perjalanan driver ni nak borak2 dengan penumpang tu (dua2 duduk seat belakang) baru nak start borak, dia dengar penumpang itu ketawa slow jew tapi bunyi aneh !!! dia ambil keputusan nak toleh belakang, pastu rupa2nya dia nampak muka dia bukan sekadar hitam !!! rupanya muka dia menyerupai beruk yang berbulukan hitam dan muka mereka aneh, terkejut si driver tu, dan 2 ekor beruk itu terus terbang ikut tingkap sambil ketawa/gelak macam PONTIANAK !”

Setelah habis jew abang joe cerita, saya sudah berasa takut sedikit, then tiba2 !!! laluan tu ada BENDA terbang betul2 atas kereta kami, pada mulanya saya nampak ! saya diam je kerana takut, tiba2 abang ipar tegur … EMEI !!! kamu nampak tak kat atas tadi !!!...saya pon jawab “ ABANG !!! ha ah ada BENDA putih terbang !!!” terus terjaga akak, Aneesa dan adik….
Pengajaran : jangan sesekali takut kat hantu2 ni ! itu SYAITAN laknatullah, kita ada Allah !!!

*pemberitahuan : pengalaman ini berlaku 3 / 4 tahun yang lepas .. hehehe masih keanak-anakan dulu ^_^ tu sebab takut…
Read More

Saturday, July 28, 2012

Pencuri !!!


PENCURI HAMPIR PECAH RUMAH SEWA


Ya Allah ya tuhanku... Alhamdulillah hambamu ini tidak dicederakan atau di apa2kan. Sekarang sudah jam 4 pagi 29/7/2012 baru selesai masalah yang dihadapi... Harini saya duduk bersendirian di rumah sewa, teman serumah (Eddy & Erry) balik kampung. Jam +2pg tadi baru rasa nak terlelap mata, tiba2 ternampak bayang2 orang di hadapan pintu rumah, dan dia cuba membuka pintu !!! menggunakan kunci atau .... entah saya sendiri tak tahu, tapi kedengaran seperti menggunakan kunci !!! eh camne dia ada kunci rumah ni ??? entah la, dengan perasaan takut & terkejut, saya terus buka TV dengan volume yang kuat. Pencuri itu terus larikan diri !!! saya terus talipon kawan2 dan hanya Eddy dan mak mengangkat talipon ! Eddy cuba minta bantuan kawan beliau untuk memantau kawasan rumah ini...Alhamdulillah dengan pantas mereka datang, mak pula bimbang terus bagitahu abah, abah pula talipon polis untuk membuat pantauan... tapi sepertinya pencuri itu sudah larikan diri !!!

Sedang kepala kesakitan dengan kejadian itu, x dapat nak tidur !!! nasib baik ada kawan2 di laman social yang masih online sanggup menemani saya (^_^) terima kasih sangat2 kepada orang yang membantu saya.

Thanks :Mak, Abah, Eddy dan kawan2 dia tadi, Yang, Ridhwan Fadli dan polis, terima kasih kerana mengambil berat tentang saya hanya Allah dapat balas jasa kalian.
Read More

Masihkah Kau Ingat (^_^)

UiTM- ACPD1B


Salam'alaikum... Masihku Ingat 2 tahun lepas, mula2 masuk belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) . Kelas Perakaunan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu ACPD 1A & ACPD 1B, saya join kelas ACPD 1B bersama2 kawan :Mael, Izue, Shah, Adzie, Syamira, Ijah, Pijah, Farah, Vee, Arma, Yanie, kak As, kak Liza, kak Yana, Mastura, Maziah, Nabilah Huda, Khadijah, Ikha, Azura dan Ain. Miss you guys !!!


Teringat buat role-play kelas Bell bersama En. Niza Syazre Abdullah hehehe kreatif budak2 ni, lucu jugalah 1st time berlakon hehehe, Alhamdulillah semua berjaya (^_^)...

(bergambar setelah selesai role-play )

Terima Kasih juga pada Lecturer2 yang mengajar kami :En. Niza, En. Raazmin, Pn. Beep, Pn. Zuhaila, Pn. Salimah, Cik. Zuhariah, dan Ustz. Paidi....

Doakan kami walaupun semuanya sudah mengikut jalan masing2 samada yang masih sambung bidang perakaunan dan ada juga yang masih berusaha bidang lain di luar sana ...Mudah - mudahan jika di izin Allah SWT kita dapat berjumpa lagi pada suatu hari nanti Insya Allah.
Read More

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates