Sunday, August 5, 2012

Pengalaman Seram !!!


KISAH BENAR : HANTU TERBANG ATAS KERETA

Dalam perjalanan pulang ke kampung Pontian Johor, bersama akak, abang joe (abg ipar), Aneesa (anak sedara) dan adik menaiki kereta Proton Persona akak. Kerinduan yang teramat untuk pulang ke kampung sehinggakan kami sanggup bergerak dari rumah pada waktu petang setelah selesai akak dan abang joe habis kelas mengajar dan selesai solat Asar dalam sekitar jam 5 petang.

Perjalanan yang mengambil masa 5 jam untuk sampai ke destinasi, kami terlalu penat drive sehinggakan selalu bertukar2 driver. Dalam sekitar jam +7 malam, saya dan abang joe berborak2 pelbagai topik untuk menghilangkan rasa boring dan penat. Akak , Aneesa dan adik duduk di belakang sedang tidur, dan pada masa itu juga abang joe menceritakan cerita seram !!! :

“dulu abang joe pernah dengar cerita kalau jalan yang sunyi macam ni pernah terjadi sesuatu aneh… pendekkan cerita. Pada suatu malam, ada seorang lelaki drive jalan macam ni, dan ada dua orang di jalan yang gelap itu melambai2 mahu tumpang kereta, katanya mahu tumpang sampai ke jalan besar yang terletak 5km dari situ, penumpang itu berjubah putih muka nya agak gelap2 yelah maklum la haritu pon tengah gelap !! pastu si driver ni nak terkencing, tgh pikir dimana nak mencari port kencing, tiba2 ada sebuah kedai tepi jalan yang mana sebelu
m ini dia tidak pernah nampak kedai itu wujud!, disebabkan terlalu nak kencing, dia terus singgah dan melaksanakan tugasan nya. Setelah selesai ~ tiba azan(terhenti jap cerita)~ sambung…. Setelah selesai kencing, dia kembali ke kereta beliau, dan nampak penumpang itu masih ada di dalam kereta, diam jeww… pastu sambung perjalanan driver ni nak borak2 dengan penumpang tu (dua2 duduk seat belakang) baru nak start borak, dia dengar penumpang itu ketawa slow jew tapi bunyi aneh !!! dia ambil keputusan nak toleh belakang, pastu rupa2nya dia nampak muka dia bukan sekadar hitam !!! rupanya muka dia menyerupai beruk yang berbulukan hitam dan muka mereka aneh, terkejut si driver tu, dan 2 ekor beruk itu terus terbang ikut tingkap sambil ketawa/gelak macam PONTIANAK !”

Setelah habis jew abang joe cerita, saya sudah berasa takut sedikit, then tiba2 !!! laluan tu ada BENDA terbang betul2 atas kereta kami, pada mulanya saya nampak ! saya diam je kerana takut, tiba2 abang ipar tegur … EMEI !!! kamu nampak tak kat atas tadi !!!...saya pon jawab “ ABANG !!! ha ah ada BENDA putih terbang !!!” terus terjaga akak, Aneesa dan adik….
Pengajaran : jangan sesekali takut kat hantu2 ni ! itu SYAITAN laknatullah, kita ada Allah !!!

*pemberitahuan : pengalaman ini berlaku 3 / 4 tahun yang lepas .. hehehe masih keanak-anakan dulu ^_^ tu sebab takut…

Share This!


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates