Sunday, July 28, 2013

Istimewanya Surah Yassin ...

Bismillah... 

Assalamu'alaikum...
Salam Ramadhan kepada kawan2 yang mengikuti blog ini (^_^), hari ini saya ingin kongsi dengan kawan2 keistimewaan Surah Yassin setakat apa yang saya tahu InsyaAllah. Surah Yassin adalah juzuk ke- 23/30 surah. Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada hari khamis malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.
Dengarkan penghayatan sebahagian surah Yassin ayat 1 - 12 yang di baca oleh anak kecil ini...Masha Allah !!!



Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata, "Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”
^^ Lagi bagus kalau kita baca Surah Yassin atau mana2 Surah dengan maknanya sekali...Masha Allah, betapa indahnya ayat2 Al-Quran.

Share This!


1 comment:

  1. mantaaappppp......bisa mattong baya huamalkon majolo

    ReplyDelete

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates