Saturday, July 27, 2013

Berpuasa Buat Pesakit ASTMA


PENYAKIT ATSMA - RAMADHAN

Assalamu'alaikum gengs.... Alhamdulillah sudah 18 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1434, hope u guys tak ponteng puasa :) INGAT !!! ibadah puasa adalah salah satu rukun Islam yang ke-3 yang mana wajib kita ummat Islam melaksanakannya.

Cakap pasal ponteng puasa ni, ada juga "mereka" yang terpaksa tidak berpuasa kerana sebab2 tertentu seperti wanita yang datang haid, pesakit2 yang kritikal yang mana di bolehkan tidak berpuasa dll... TETAPI wajib kepada "mereka" ganti puasa tersebut sebelum datangnya Ramadhan tahun depannya.

Hari ini saya mahu share sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu tentang pesakit Astma yang sedang menjalani ibadah puasa, seperti anda semua tahu, Astma adalah salah satu penyakit yang agak kritikal kerana permasalahan dengan salur pernafasan, dan pesakit terpaksa memakai ubat seperti inhaler / nebulizer.

Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan pengikutnya ^_^ ikuti pertanyaan seorang hamba Allah kepada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin :-

"Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya ubat inhaler di siang hari Ramadhan?"

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.


[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id

Setengah mazhab membenarkan dan ada juga yang mengatakan sebaliknya, kesimpulannya kepada "mereka" yang terpaksa tu hendaklah berserah kepada Allah swt, Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang :)

ok gengs , saya ucapkan selamat berpuasa dan doakan amalan u guys di terima disisi-Nya :)

Share This!


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Followers

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates