Bismillah...
Ku renung pada
langit yang kebiruan... Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah
insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya
berasal daripada setitis air mani yang hina.
Ya Allah, terlalu
banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya
Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang
kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun,
seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa.
Ya Allah, aku
merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong
dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri.
Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi
kepadaku.
Ya Allah,
bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah
aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya
Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat
meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan
belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah,
sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Ya Allah.. Ampunkanlah aku.
Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya
Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan
diriku kembali, bertapa kerdilnya diri ini.
Untuk diriku dan
dirimu, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri". Saat ini, aku
berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya,
bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.
(credit to Abdul Latif for the photo)
Bila hidup yg
berjalan atas Ketaqwaan diri...Maka menterbiahkan segala isi hati...Juga
sentiasa istiqomah setiap Hari...Maka renungan dan renungan itu muncul untuk
menghijabkan diri..dengan merenungi alam ciptaan yang Ehsa lagi Maha
Berkuasa..Andainya kt luangkan masa untuk merenungi hari2 yang di lalui dengan
mendongak, tunduk, menoleh kiri kanan...di temani hujan dan panas...nescaya akn
kt sedari sendr kehebatan kebesaranNYA bersama tangisan diri juga mampu untuk
kt memikirkan diri yg berdiri serta berjalan di bawah
naunganNYA... Subhanallah.... Alhamdulillah... Allah hu'akbar.... itulah yg perlu
kt selami setiap hari... agar mengejar redha ILLAHI.
No comments:
Post a Comment