Bismillah...
"Tanggungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.
Dua konatasi yang
tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara
keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara.
Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.
Mahasiswa adalah
begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa.
Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa.
Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya
begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa.
Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.
"Sesungguhnya
mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi
mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13
Impian dan cita-cita
akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan, semangat yang
sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk
merealisasikanya.
As-Syahid Imam Hasan
Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda
mahasiswa iaitu:
a)
Keimanan
b)
Keikhlasan
c)
Semangat
d)
Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih. Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci. Asas semangatialah keinginan yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang membara.
Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Atas dasar ini dapat
dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma
dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam
konteks universiti yang tercinta ini.
Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu
Antara
amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita
melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni
akal budi.
Rupanya
kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej
universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan
kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa
membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
Seorang
sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan
ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan
mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan
mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam
menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam
kehidupan manusia sejagat.
Penguasaan
ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya
ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut
globalisasi.
Dalam
arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat
bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan
membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju
akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
Jelas
di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan
kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa.
Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak
kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.
Andai
dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi.
Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam
menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu
tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.
No comments:
Post a Comment