Rahsia Awet Muda
Bismillah....
Assalamu'alaikum gengs, harini saya nak
share sedikit sebanyak rahsia Awet muda ^_^ hope you guys like it
Islam merupakan suatu cara hidup dan
agama yang mengawal serta menjaga seluruh aspek kehidupan umatnya. Isam mengambil berat tentang kepentingan
setiap penganutnya sama ada dalam aspek fizikal, mental mahupun spiritual.
Keseimbangan dan kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang
itu muslim yang ideal dan disukai oleh Allah swt.
Antara perkara penting yang kadang-kala
dilupai oleh seseorang muslim adalah dalam aspek penjagaan fizikalnya. Perlulah
diigati bahawa penampilan fizikal adalah dituntut dalam Islam sepertimana
perlunya memelihara kesempurnaan akal dan hati. Antara perkara yang perlu
diambil perhatian berkaitan kesihatan fizikal ini ialah tentang aspek
kebersihan dan penampilan diri.
1 - Mandi pagi sebelum subuh atau
sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. waktu pagi air nya sejuk air
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.termasuk lah
mengamalkan senaman awal pagi.
2 - Rasulullah mengamalkan minum
segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah
nak kena sakit).
3 - Waktu sembahyang subuh (pagi)
disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti
oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yangg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan
mengalir ke ruang berkenaan.
4 - Dalam kitab juga ada melarang kita
makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita
makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion
(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
5 - Nabi juga mengajar kita makan
dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain
telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali
ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak hadam).
*Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah
swt menyukai mereka yang selalu bertaubat dan mereka yang selalu bersuci”
(Surah al-Baqarah: 222). Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda:
“Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (Hadith direkodkan oleh
Imam Muslim dalam Sahihnya).
No comments:
Post a Comment