Gua Terbesar Didunia Berada di Vietnam
Assalamu’alaikum gengs, baru2 ni saya
dan kawan2 borak2 tentang gua yang pernah mereka pergi, macam2 lah pengalaman
yang mereka ceritakan, teringin saya nak join dyeorang suatu hari nanti pergi
menjelajahi di mana2 gua yang terkenal.Nak di jadikan cerita, keesokkan harinya
saya ke library untuk pergi study, maklumlah final exam dah dekat, rajin2kanlah
diri ke library ^_^, sebelum mentela’ah buku yang nak study haritu, terjumpa
buku “National Geographic” dan terbaca salah satu articlenya tentang gua
terbesar didunia, ternyata Gua yang terbesar di dunia adalah di Vietnam ^_^ Proud
of Asian !!! ok, saya mahu kongsi sedikit sebanyak tentang gua tersebut.
Gua Son Doong merupakan sebuah gua di
Vietnam. Terletak di Vietnam Pusat, Phong Nha-Ke Bang, wilayah Quang Binh, 450
km selatan Hanoi. Pada bulan April 2009, gua terbesar di dunia Son Doong,
ditemui oleh sepasukan peneroka gua Inggeris dari British Caving Association.
Hang Son Doong mempunyai tinggi 198.12 meter dengan lebar 152.4 meter dan
bererti gua ini dua kali lebih besar dari gua terbesar yang terdapat di
Sarawak, Malaysia dengan nama Gua Rusa yang mempunyai tinggi 91.44 meter dengan
lebar 82.29 meter.
Hang Son Doong cave, hanya
kadang-kadang disebut Son Doong,, adalah sebuah gua di Phong Nha-Ke Bang
National Park, Vietnam, yang diyakini terbesar dijumpai sampai sekarang.
Gua itu dijumpai oleh seorang lelaki tempatan bernama Ho-Khanh pada tahun 1991 tapi orang-orang tempatan takut untuk meneroka kerana suara bersiul sering kedengaran dari sungai bawah tanah. Namun, tidak sampai 2009 gua itu telah dikenali masyarakat ketika sekumpulan saintis Inggeris dari British Cave Research Association, yang dipimpin oleh Howard Limbert, melakukan kajian di Phong Nha-Ke Bang pada bulan April, 2009. Menurut Limbert, gua ini adalah lima kali lebih besar dari gua Phong Nha, yang sebelumnya dianggap sebagai gua terbesar di Vietnam. Ruang terbesar Anak doong lebih daripada lima kilometer panjangnya, 200 meter dan 150 meter lebar.
No comments:
Post a Comment